Saturday, April 7, 2012

aku sebagai pembantu penyelidik

ah, masih tidak terlambat untuk aku menulis di dalam blog ini..***Apabila aku mula bertukar kerjaya dari seorang guru menjadi pembantu penyelidik...semestinya memerlukan masa untuk memahami tugas ini...ye, bukan mudah menjalankan tugas sebagai pembantu penyelidik..apatah lagi aku harus berkerja dengan mereka yang tinggal di kampung..hidup dengan berkebun..dan menjadikan ia sebagai sumber utama pendapatan mereka..

aku mula sedar.. bahawa tanah dan mukabumi ini Allah telah ciptakan dengan sebaiknya...tidak pernah aku mendengar keluh kesah daripada mereka (pekebun) menyatakan bahawa tanah ini tidak subur..campak sahaja benih apa pun..pasti akan ada yang tumbuh..jelas kan, bahawa rezeki itu sentiasa ada untuk mereka yang sentiasa berbakti kepada tanah...

siapa bilang kerjaya sebagai penoreh getah hanya kais pagi makan pagi? setelah aku menjadi pembanci..aku mula tahu, bahawa pekebun lah yang mempunyai pendapatan yang tinggi berbanding dengan pegawai2 yang ada..kerjaya mereka sangat profesional, apabila aku mula menghitung waktu pekerjaan mereka yang hanya setengah hari...nah, buktinya..jumlah pendapatan mereka mencecah sehingga rm3-4ribu ...ko mampu?? semestinya xmampu kan..

namun itu bukan tujuan utama penulisan aku..kali ini, aku ingin fokus kepada nilai persahabatan sepanjang berkerja di LGM..alhamdulillah, aku sentiasa dikelilingi oleh rakan2 dan sahabat yang baik..nescaya jika kita berniat untuk menjadi lebih baik, maka Allah akan hantar sahabat dan rakan yang baik kepada kita..betul kan? sepanjang aku berkhidmat di sini, rakan2 lah yang banyak membantu dan membuatkan aku gembira..apatah lagi dengan telatah, gurauan dan coretan mereka yang kaya pelbagai emosi..serius..aku gembira teramat sangat dengan kehadiran mereka antaranya azrul, linda, iran, pian, dalila, eika, bad, pana dan yang paling special SYAFIQ...hari2 aku penuh dengan gelak tawa apabila sentiasa disajikan dengan gurauan tahap melampau daripada dia..ahaks!

mana mungkin aku dapat kawan sebaik ini ditempat lain...mereka sangat memahami antara satu sama lain..dan yang paling penting sifat saling menghormati sentiasa ada dalam diri kami...inilah dinamakan nilai dalam berkawan..mane nak cari mereka semua nie andai aku tidak bekerja di LGM..faktor ini la penyebabnya aku menjadi seorang yang sangat menghargai masa2 yang ada ketika bersama dengan mereka...sesungguhnya, kerjaya ini telah banyak memberi pengalaman dan pengetahuan kepada aku tentang nilai dan liku-liku kehidupan ini..wahai kawan2 LGM, semoga ada jodoh pertemuan antara kita lagi...

Sunday, March 11, 2012

saya lupa lagi....

laa...baru teringat yang saya ada blogs...penyakit lama datang menyerang..hehe..
maka, selepas ini bermula lah episod baru ..untuk saya menulis dan mengasah bakat yang ada..."dunia baru"

Monday, August 30, 2010

Terkini..

Sudah lama aku tidak menulis di dalam blog nie..bukan apa,
kerjaya sebagai pendidik menyebabkan aku kengkangan masa
dan sentiasa sibuk..apatah lagi dengan kuliah aku hampir setiap minggu..

Hampir 9 bulan aku bergelar cikgu di Sek.Men.Keb.Rantau..kehidupan aku
lebih banyak bersama anak murid..telatah dan gurau senda mereka sering kali membuatkan aku tersenyum...ternyata tugas dan tanggungjawab seorang guru ini sangat memerlukan kesabaran yang tinggi...moga aku mampu menjalankan amanah yang diberi demi mendidik mereka kearah kebaikan...


Tuesday, January 12, 2010

hari ini aku bergelar pelajar upm..

09 januari 2010..tepat jam 8.00 pagi aku mendaftar di upm..macam tak percaya je..aku sekarang menjadi sebahagian pelajar upm..tambah lagi mengikuti jurusan komunikasi..walaupun mengambil masa selama 4 tahun..ku kira itu bukan penghalang untuk aku mengejar segulung ijazah..harapan aku, semoga pengajian aku selama 8 semester ini, berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa...