Wednesday, June 6, 2012
lumrah kehidupan...
manusia ini Allah swt telah ciptakan dengan pelbagai rupa dan sifat..sifat manusia ini pelbagai..ianya terlalu subjektif..bagaimana ibu-bapa mencorak kehidupan anaknya..itulah yang kita dapat lihat..saya bersyukur kerana telah diajar oleh mak dan abah dengan nilai-nilai yang tinggi dan jati diri yang kuat...sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah beri.. positif dalam apa perkara jua dan paling penting saya menjadi diri saya sendiri...mana2 ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka..pada saya, mana yang baik saya contohi, mana yang tidak maka saya jauhi..bukan la bermaksud saya baik..tetapi inilah diri saya..insyaallah saya ingin menjadi lebih baik..menghargai kehidupan ini dengan sebaiknya..
namun, saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan..inilah dinamakan kehidupan..semua orang akan merasainya.. apabila sampai satu tahapnya, kita akan bergaul dengan orang ramai..kita akan nampak siapa diri kita di situ..hari ini saya banyak kurangnya..tetapi saya tidak sama sekali membiarkan orang disekeliling saya mempertikai dan membuat penilaian awal keatas diri saya...saya yakin..mereka ini manusia yang tidak boleh melihat orang lain senang dan bahgia..pasti ada hasrat untuk menjatuhkan.. walau apapun sekali, ia tidak melemahkan semangat saya...cuma hati naluri saya mudah tersentuh..kecewa melihat bangsa sendiri yang terus menghukum tanpa mengetahui dan mengenali diri seseorang terlebih dahulu...boleh dikatakan hati mereka ini buta..ye, buta untuk menilai..itu lah mereka..sebahagian dari rakan kenalan saya...semoga saya sentiasa dibawah lindunganNYA....amin..
Wednesday, May 16, 2012
Demi sesuap nasi...
Penantian....kerja..kerja dan kerja...ye, aku harus mencari kerja...setelah kontrak kerja di LGM tamat, aku harus mencari..mencari dan terus mencari...adakalanya aku mula merasa putus asa..mana tidaknya, sudah berpuluh kali aku mengisi borang..menghadirkan diri untuk sesi temuduga..semua telah aku usahakan..bukan ape, aku sudah letih untuk berkhidmat secara kontrak...beralih dari bidang yang lain..bertukar situasi kerja dan keadaan..semua itu memerlukan persediaan psikologi...apatah lagi mengingatkan kebanyakkan kerja hari ini lebih banyak jawatan sementara @ kontrak...sampai bila?? aku sendiri tidak pasti...
aku menginginkan kerjaya yang tetap..tidak perlu berubah angin...tidak perlu menyesuaikan diri dengan tempat dan situasi kerja baru..semestinya aku harus bersabar...walau bagaimanapun, aku terima semua ini dengan hati yang terbuka..pada aku, belum rezeki untuk aku mendapatkan kerja tetap..mungkin ada ketentuan yang aku sendiri tidak tahu..dan kebaikan yang aku nampak, aku dapat mempelajari pelbagai tugas dan memperolehi pengalaman yang mungkin tiada pada orang lain..ditambah lagi dengan mengenal pelbagai ragam manusia di dunia ini...
demi sesuap nasi aku harus kuatkan semangat untuk mencari kerja dan menempuh hidup ini..kadang2 aku terfikir, keje aku manjang kontrak je..sok2 kawin pun kontrak..(harap dijauhkan la..) Memang tidak dinafikan, untuk mendapatkan kerja sekarang ini memerlukan kabel...jika tiada kabel, maka duduk rumah la jawabnya..namun, apa yang pasti, selama aku mendapat kerja sebelum ini..aku tidak pernah menggunakan kabel..malahan, aku tiada kabel untuk membantu aku mendapatkan kerja..semuanya atas usaha aku...dan akhirnya menjadi guru dan pembantu penyelidik lah antara kerja yang terbaik aku perolehi...beruntung sungguh mereka yang dilahir kan senang..tidak perlu bersusah payah mencari kerja..ditambah lagi yang lahir dari keluarga berada dan mempunyai bisnes sendiri..kerja dengan keluarga sudah memadai bukan..xpela..semua itu terletak pada rezeki masing2..ape pun, aku bersyukur sangat dengan ape yang aku ada...pada aku, biarlah bersusah payah dahulu...kerana, pasti ada ganjaran dimasa akan datang..Insyaallah..Mudah-mudahan Allah sentiasa bersama aku dikala susah mahupun senang...

Saturday, April 7, 2012
aku sebagai pembantu penyelidik
ah, masih tidak terlambat untuk aku menulis di dalam blog ini..***Apabila aku mula bertukar kerjaya dari seorang guru menjadi pembantu penyelidik...semestinya memerlukan masa untuk memahami tugas ini...ye, bukan mudah menjalankan tugas sebagai pembantu penyelidik..apatah lagi aku harus berkerja dengan mereka yang tinggal di kampung..hidup dengan berkebun..dan menjadikan ia sebagai sumber utama pendapatan mereka..
aku mula sedar.. bahawa tanah dan mukabumi ini Allah telah ciptakan dengan sebaiknya...tidak pernah aku mendengar keluh kesah daripada mereka (pekebun) menyatakan bahawa tanah ini tidak subur..campak sahaja benih apa pun..pasti akan ada yang tumbuh..jelas kan, bahawa rezeki itu sentiasa ada untuk mereka yang sentiasa berbakti kepada tanah...
siapa bilang kerjaya sebagai penoreh getah hanya kais pagi makan pagi? setelah aku menjadi pembanci..aku mula tahu, bahawa pekebun lah yang mempunyai pendapatan yang tinggi berbanding dengan pegawai2 yang ada..kerjaya mereka sangat profesional, apabila aku mula menghitung waktu pekerjaan mereka yang hanya setengah hari...nah, buktinya..jumlah pendapatan mereka mencecah sehingga rm3-4ribu ...ko mampu?? semestinya xmampu kan..
namun itu bukan tujuan utama penulisan aku..kali ini, aku ingin fokus kepada nilai persahabatan sepanjang berkerja di LGM..alhamdulillah, aku sentiasa dikelilingi oleh rakan2 dan sahabat yang baik..nescaya jika kita berniat untuk menjadi lebih baik, maka Allah akan hantar sahabat dan rakan yang baik kepada kita..betul kan? sepanjang aku berkhidmat di sini, rakan2 lah yang banyak membantu dan membuatkan aku gembira..apatah lagi dengan telatah, gurauan dan coretan mereka yang kaya pelbagai emosi..serius..aku gembira teramat sangat dengan kehadiran mereka antaranya azrul, linda, iran, pian, dalila, eika, bad, pana dan yang paling special SYAFIQ...hari2 aku penuh dengan gelak tawa apabila sentiasa disajikan dengan gurauan tahap melampau daripada dia..ahaks!
mana mungkin aku dapat kawan sebaik ini ditempat lain...mereka sangat memahami antara satu sama lain..dan yang paling penting sifat saling menghormati sentiasa ada dalam diri kami...inilah dinamakan nilai dalam berkawan..mane nak cari mereka semua nie andai aku tidak bekerja di LGM..faktor ini la penyebabnya aku menjadi seorang yang sangat menghargai masa2 yang ada ketika bersama dengan mereka...sesungguhnya, kerjaya ini telah banyak memberi pengalaman dan pengetahuan kepada aku tentang nilai dan liku-liku kehidupan ini..wahai kawan2 LGM, semoga ada jodoh pertemuan antara kita lagi...

Sunday, March 11, 2012
saya lupa lagi....
laa...baru teringat yang saya ada blogs...penyakit lama datang menyerang..hehe..
maka, selepas ini bermula lah episod baru ..untuk saya menulis dan mengasah bakat yang ada..."dunia baru"

Monday, August 30, 2010
Terkini..
Sudah lama aku tidak menulis di dalam blog nie..bukan apa,
kerjaya sebagai pendidik menyebabkan aku kengkangan masadan sentiasa sibuk..apatah lagi dengan kuliah aku hampir setiap minggu..
lebih banyak bersama anak murid..telatah dan gurau senda mereka sering kali membuatkan aku tersenyum...ternyata tugas dan tanggungjawab seorang guru ini sangat memerlukan kesabaran yang tinggi...moga aku mampu menjalankan amanah yang diberi demi mendidik mereka kearah kebaikan...
Tuesday, January 12, 2010
hari ini aku bergelar pelajar upm..
09 januari 2010..tepat jam 8.00 pagi aku mendaftar di upm..macam tak percaya je..aku sekarang menjadi sebahagian pelajar upm..tambah lagi mengikuti jurusan komunikasi..walaupun mengambil masa selama 4 tahun..ku kira itu bukan penghalang untuk aku mengejar segulung ijazah..harapan aku, semoga pengajian aku selama 8 semester ini, berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Yang Maha Esa...
Subscribe to:
Posts (Atom)