Alhamdulillah....terima kasih ya Allah kerana memberi peluang kepada hamba-mu ini nikmat untuk berpuasa di bulan ramadhan kali ini....
dah masuk hari ke-3 berpuasa...kali nie Allah swt izinkan saya berpuasa dengan mak abah...yela, dah xkeje..duk kampung dah..nie la masanya untuk bersama mak abah...sangat menghargai masa yang ada nie...syukur sangat diberi kesempatan sebegini...hari nie buka puasa dengan mak, makan mee goreng dan karipap...belum sempat menjenguk ke bazar ramadhan...insyaallah, esok nak pergi solat terawih...moga diberi kesihatan yang baik...ayuh, bulan penuh keberkatan nie kita tingkatkan amal ibadah...moga dibuka semua pintu syurga untuk kita semua....amin...
Monday, July 23, 2012
Saturday, July 7, 2012
Go to Bandung, Indonesia....
sebenarnya dah lama nak tulis mengenai percutian kami di Bandung..tetapi disebabkan kesibukan keje sampai terlupa nak story...hehe..
okey..saya dan ahli keluarga yang lain, adik, atie dan mak (perempuan je) memilih bandung sebagai destinasi percutian kami..bukan cuti sangat pun..sibuk duk membeli-belah kan!...kami memulakan penerbangan ke Bandung pada 10 Feb lepas bersamaan hari jumaat.. dengan tiket flight AirAsia dalam pukul 6.30 pagi bermulanya penerbangan kami ke luar negara..awal sangat kan!..penerbangan mengambil masa satu jam lebih untuk tiba di lapangan terbang sasteranegara bandung...waktu di sana lewat sejam dari waktu di Malaysia...kemudian kami dijemput oleh bapak supir diberi gelaran sultan membawa kami ke hotel kartika sari sebagai tempat penginapan selama 3hari...selepas check-in, kami yang kelaparan menuju ke restoran masakan minang...hmm, hari pertama merasa lauk mereka sangat tidak menyelerakan...
Pasar Baru Bandung,
selepas mengisi perut, kami terus dibawa ke pasar baru bandung...wahh, tempat untuk kami bershopping sakan...memang sangat teruja apabila melihat deretan kedai menjual kain pasang bersulam...rambang mata dibuatnya...hampir 8 helai kain pasang saya beli untuk dibawa balik ke malaysia...harga juga sangat berpatutan..sepasang kain, saya dapat 150 ribu rupiah (Rm 50)..harga boleh runding jika kita pandai tawar-menawar...kalo kat malaysia dah tentu harga kain nie mencecah Rm200...ni dah kira berbaloi dah...beli kain pasang pun ambil masa dekat 4 jam..belum naik ke semua tingkat lagi...huhu..kalo tak silap pasar ni ada 5 tingkat...kami just round di tingkat 3 je...saya sempat beli jubah sepasang..yang lain xtau kemana menghilang..especially adik ku...sampai kedai nak tutup baru la kami keluar...ketika tu jam 5 petang..selepas penat membeli-belah..kami ke restoran bebek..pelbagai aneka makanan...kat sini ada menu nasi itik dan nasi penyek...nyam2..sangat berselera..kemudian balik hotel, bersihkan diri dan tidurrrr....*xblh nak bayangkan betapa penatnya masa tu...
Keesokkan harinya...
awal pagi kami sarapan di hotel sebelum menuju ke Tangkuban Perahu..salah satu tempat bersejarah di Bandung...perjalanan agak jauh mengambil masa satu jam...untuk pengetahuan, tempat ni merupakan kawasan pergunungan...jika dilihat dari jauh terdapat gunung yang berbentuk perahu terbalik..ada mitos mengatakan dahulu berlaku kisah seorang anak yang jatuh hati dengan ibunya sendiri yang telah terpisah lama...dipendekkan cerita..apabila ibunya mengetahui bahawa lelaki yang ingin dikahwini merupakan anaknya, lalu dia meletakkan syarat yang tidak masuk akal...termasuk la membuat perahu bagi menutupi lembah gunung...nak story penuh search kt google okey...hehe..pemandangan kat sana sangat cantik..dan boleh lihat kesan letusan gunung berapi..cuaca agak sejuk di awal pagi..tempat nie sangat menarik...
kemudian kami ke pasar baru bandung untuk membeli barang mane yang masih belum dicari...hmmm banyak barang orang kirim..apa lagi mak la..belikan telekung la..baju..kain batik la..
dah penat mengendong barang kiri kanan.. kami menuju ke jalan chihamplas dan cibaduyut untuk memberi barangan kulit pulak...banyak pilihan beg dan kasut kulit untuk lelaki...saya? xberminat sangat dengan barangan kulit nie...just pusing2 je..yang lain sibuk membeli kasut..selepas itu, kami berhenti untuk beli makanan fast food (kfc) dan terus balik hotel...
Hari ke-3
kemaskan barang kerana kami akan pulang!...akan menaiki kapal dalam jam 6 petang..pagi tu kuar awal untuk pergi ke lokasi terakhir jalan chihamplas.. beli pakaian batik...kemudian kami berhenti makan di restoran bakso...xsah la kalau ke indonesia tidak merasa original bakso nya kan...hehe..walaupun terpaksa beratur panjang, rasa baksonya sangat menyelerakan..disana minuman teh wanginya sangat femes... rasa air tu macam pelik sikit la...mana taknya wangi semacam je..sejurus itu, kami ke kedai kartika sari untuk membeli aneka jenis kek brownies...jadi, apabila barang yang disenarai telah pun dibeli maka lengkap la untuk kami pulang ke Malaysia..hehe..penerbangan pulang mengambil masa 2 jam...dan kami sampai di KL dalam pukul 9malam..huh penat tp happy sangat!..perjalanan yang sangat menyeronokkan..duit pun banyak habis...hehe..atleast, kami ada jugak pengalaman di negara orang kan...walau bagaimanapun Malaysia tetap dihati!
*antara gambar kami ketika disana....selamat menonton!

antara kain pasang di pasar baru bandung.. ~ cantik! |
jalan chihamplas ~ (duk pilih baju i luv bandung) |
Di hadapan hotel kartika sari |
pemandangan di tangkuban perahu |
Wednesday, July 4, 2012
kisah hati...
Buat pertama kali nya...saya ingin meluahkan rasa hati ini...sudah lama ianya terpendam dilubuk hati...cinta? ye...semua ini berkisar tentang hati dan perasaan saya pada dia...lelaki yang saya kenal hampir 8tahun lamanya...sememangnya, saya sedang dilamun cinta...semuanya bermula apabila saya mengenali dia dari seorang kenalan..kami mula berkawan pada tahun 2005...ketika itu, hubungan kami hanya sekadar kawan biasa...setelah mengenali hati dia, maka timbul satu perasaan yang tidak pernah saya duga selama ini...begitu juga dia...hubungan ini menjadi satu perjalanan yang sangat menyeronokkan dan kami semakin rapat...beliau sentiasa ada ketika saya memerlukannya..dikala susah mahupun senang..yang paling penting dia seorang yang sangat penyabar..pemurah dan sangat mengambil berat tentang diri saya..sifat ini lah yang berjaya membuka hati saya untuk menerima cintanya ...
Hingga ke saat ini, kami masih berkawan dan saling menyayangi...saya sangat mencintai dia..dan saya sentiasa berdoa agar hubungan kami ini membawa ke alam perkahwinan...saya terlalu mengasihinya...dan saya berharap kasih saya padanya tidak akan berakhir...semoga Allah menjodohkan kami berdua dan hidup bahagia hingga ke akhir hayat...saya simpan cinta ini hanya untuk dia ...terima kasih tuhan kerana memberi rasa cinta dan kasih ini..*menitis air mata

Subscribe to:
Posts (Atom)