Saturday, July 7, 2012

Go to Bandung, Indonesia....

sebenarnya dah lama nak tulis mengenai percutian kami di Bandung..tetapi disebabkan kesibukan keje sampai terlupa nak story...hehe..

okey..saya dan ahli keluarga yang lain, adik, atie dan mak (perempuan je) memilih bandung sebagai destinasi percutian kami..bukan cuti sangat pun..sibuk duk membeli-belah kan!...kami memulakan penerbangan ke Bandung pada 10 Feb lepas bersamaan hari jumaat.. dengan tiket flight AirAsia dalam pukul 6.30 pagi bermulanya penerbangan kami ke luar negara..awal sangat kan!..penerbangan mengambil masa satu jam lebih untuk tiba di lapangan terbang sasteranegara bandung...waktu di sana lewat sejam dari waktu di Malaysia...kemudian kami dijemput oleh bapak supir diberi gelaran sultan membawa kami ke hotel kartika sari sebagai tempat penginapan selama 3hari...selepas check-in, kami yang kelaparan menuju ke restoran masakan minang...hmm, hari pertama merasa lauk mereka sangat tidak menyelerakan...

Pasar Baru Bandung,

selepas mengisi perut, kami terus dibawa ke pasar baru bandung...wahh, tempat untuk kami bershopping sakan...memang sangat teruja apabila melihat deretan kedai menjual kain pasang bersulam...rambang mata dibuatnya...hampir 8 helai kain pasang saya beli untuk dibawa balik ke malaysia...harga juga sangat berpatutan..sepasang kain, saya dapat 150 ribu rupiah (Rm 50)..harga boleh runding jika kita pandai tawar-menawar...kalo kat malaysia dah tentu harga kain nie mencecah Rm200...ni dah kira berbaloi dah...beli kain pasang pun ambil masa dekat 4 jam..belum naik ke semua tingkat lagi...huhu..kalo tak silap pasar ni ada 5 tingkat...kami just round di tingkat 3 je...saya sempat beli jubah sepasang..yang lain xtau kemana menghilang..especially adik ku...sampai kedai nak tutup baru la kami keluar...ketika tu jam 5 petang..selepas penat membeli-belah..kami ke restoran bebek..pelbagai aneka makanan...kat sini ada menu nasi itik dan nasi penyek...nyam2..sangat berselera..kemudian balik hotel, bersihkan diri dan tidurrrr....*xblh nak bayangkan betapa penatnya masa tu...

Keesokkan harinya...

awal pagi kami sarapan di hotel sebelum menuju ke Tangkuban Perahu..salah satu tempat bersejarah di Bandung...perjalanan agak jauh mengambil masa satu jam...untuk pengetahuan, tempat ni merupakan kawasan pergunungan...jika dilihat dari jauh terdapat gunung yang berbentuk perahu terbalik..ada mitos mengatakan dahulu berlaku kisah seorang anak yang jatuh hati dengan ibunya sendiri yang telah terpisah lama...dipendekkan cerita..apabila ibunya mengetahui bahawa lelaki yang ingin dikahwini merupakan anaknya, lalu dia meletakkan syarat yang tidak masuk akal...termasuk la membuat perahu bagi menutupi lembah gunung...nak story penuh search kt google okey...hehe..pemandangan kat sana sangat cantik..dan boleh lihat kesan letusan gunung berapi..cuaca agak sejuk di awal pagi..tempat nie sangat menarik...

kemudian kami ke pasar baru bandung untuk membeli barang mane yang masih belum dicari...hmmm banyak barang orang kirim..apa lagi mak la..belikan telekung la..baju..kain batik la..
dah penat mengendong barang kiri kanan.. kami menuju ke jalan chihamplas dan cibaduyut untuk memberi barangan kulit pulak...banyak pilihan beg dan kasut kulit untuk lelaki...saya? xberminat sangat dengan barangan kulit nie...just pusing2 je..yang lain sibuk membeli kasut..selepas itu, kami berhenti untuk beli makanan fast food (kfc) dan terus balik hotel...

Hari ke-3

kemaskan barang kerana kami akan pulang!...akan menaiki kapal dalam jam 6 petang..pagi tu kuar awal untuk pergi ke lokasi terakhir jalan chihamplas.. beli pakaian batik...kemudian kami berhenti makan di restoran bakso...xsah la kalau ke indonesia tidak merasa original bakso nya kan...hehe..walaupun terpaksa beratur panjang, rasa baksonya sangat menyelerakan..disana minuman teh wanginya sangat femes... rasa air tu macam pelik sikit la...mana taknya wangi semacam je..sejurus itu, kami ke kedai kartika sari untuk membeli aneka jenis kek brownies...jadi, apabila barang yang disenarai telah pun dibeli maka lengkap la untuk kami pulang ke Malaysia..hehe..penerbangan pulang mengambil masa 2 jam...dan kami sampai di KL dalam pukul 9malam..huh penat tp happy sangat!..perjalanan yang sangat menyeronokkan..duit pun banyak habis...hehe..atleast, kami ada jugak pengalaman di negara orang kan...walau bagaimanapun Malaysia tetap dihati!

*antara gambar kami ketika disana....selamat menonton!

antara kain pasang di pasar baru bandung.. ~ cantik!









jalan chihamplas ~ (duk pilih baju i luv bandung)







Di hadapan hotel kartika sari

pemandangan di tangkuban perahu







Wednesday, July 4, 2012

kisah hati...

Buat pertama kali nya...saya ingin meluahkan rasa hati ini...sudah lama ianya terpendam dilubuk hati...cinta? ye...semua ini berkisar tentang hati dan perasaan saya pada dia...lelaki yang saya kenal hampir 8tahun lamanya...sememangnya, saya sedang dilamun cinta...semuanya bermula apabila saya mengenali dia dari seorang kenalan..kami mula berkawan pada tahun 2005...ketika itu, hubungan kami hanya sekadar kawan biasa...setelah mengenali hati dia, maka timbul satu perasaan yang tidak pernah saya duga selama ini...begitu juga dia...hubungan ini menjadi satu perjalanan yang sangat menyeronokkan dan kami semakin rapat...beliau sentiasa ada ketika saya memerlukannya..dikala susah mahupun senang..yang paling penting dia seorang yang sangat penyabar..pemurah dan sangat mengambil berat tentang diri saya..sifat ini lah yang berjaya membuka hati saya untuk menerima cintanya ...

Hingga ke saat ini, kami masih berkawan dan saling menyayangi...saya sangat mencintai dia..dan saya sentiasa berdoa agar hubungan kami ini membawa ke alam perkahwinan...saya terlalu mengasihinya...dan saya berharap kasih saya padanya tidak akan berakhir...semoga Allah menjodohkan kami berdua dan hidup bahagia hingga ke akhir hayat...saya simpan cinta ini hanya untuk dia ...terima kasih tuhan kerana memberi rasa cinta dan kasih ini..*menitis air mata

Wednesday, June 6, 2012

lumrah kehidupan...


manusia ini Allah swt telah ciptakan dengan pelbagai rupa dan sifat..sifat manusia ini pelbagai..ianya terlalu subjektif..bagaimana ibu-bapa mencorak kehidupan anaknya..itulah yang kita dapat lihat..saya bersyukur kerana telah diajar oleh mak dan abah dengan nilai-nilai yang tinggi dan jati diri yang kuat...sentiasa mensyukuri nikmat yang Allah beri.. positif dalam apa perkara jua dan paling penting saya menjadi diri saya sendiri...mana2 ibubapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka..pada saya, mana yang baik saya contohi, mana yang tidak maka saya jauhi..bukan la bermaksud saya baik..tetapi inilah diri saya..insyaallah saya ingin menjadi lebih baik..menghargai kehidupan ini dengan sebaiknya..

namun, saya juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan..inilah dinamakan kehidupan..semua orang akan merasainya.. apabila sampai satu tahapnya, kita akan bergaul dengan orang ramai..kita akan nampak siapa diri kita di situ..hari ini saya banyak kurangnya..tetapi saya tidak sama sekali membiarkan orang disekeliling saya mempertikai dan membuat penilaian awal keatas diri saya...saya yakin..mereka ini manusia yang tidak boleh melihat orang lain senang dan bahgia..pasti ada hasrat untuk menjatuhkan.. walau apapun sekali, ia tidak melemahkan semangat saya...cuma hati naluri saya mudah tersentuh..kecewa melihat bangsa sendiri yang terus menghukum tanpa mengetahui dan mengenali diri seseorang terlebih dahulu...boleh dikatakan hati mereka ini buta..ye, buta untuk menilai..itu lah mereka..sebahagian dari rakan kenalan saya...semoga saya sentiasa dibawah lindunganNYA....amin..

Wednesday, May 16, 2012

Demi sesuap nasi...

Penantian....kerja..kerja dan kerja...ye, aku harus mencari kerja...setelah kontrak kerja di LGM tamat, aku harus mencari..mencari dan terus mencari...adakalanya aku mula merasa putus asa..mana tidaknya, sudah berpuluh kali aku mengisi borang..menghadirkan diri untuk sesi temuduga..semua telah aku usahakan..bukan ape, aku sudah letih untuk berkhidmat secara kontrak...beralih dari bidang yang lain..bertukar situasi kerja dan keadaan..semua itu memerlukan persediaan psikologi...apatah lagi mengingatkan kebanyakkan kerja hari ini lebih banyak jawatan sementara @ kontrak...sampai bila?? aku sendiri tidak pasti...

aku menginginkan kerjaya yang tetap..tidak perlu berubah angin...tidak perlu menyesuaikan diri dengan tempat dan situasi kerja baru..semestinya aku harus bersabar...walau bagaimanapun, aku terima semua ini dengan hati yang terbuka..pada aku, belum rezeki untuk aku mendapatkan kerja tetap..mungkin ada ketentuan yang aku sendiri tidak tahu..dan kebaikan yang aku nampak, aku dapat mempelajari pelbagai tugas dan memperolehi pengalaman yang mungkin tiada pada orang lain..ditambah lagi dengan mengenal pelbagai ragam manusia di dunia ini...

demi sesuap nasi aku harus kuatkan semangat untuk mencari kerja dan menempuh hidup ini..kadang2 aku terfikir, keje aku manjang kontrak je..sok2 kawin pun kontrak..(harap dijauhkan la..) Memang tidak dinafikan, untuk mendapatkan kerja sekarang ini memerlukan kabel...jika tiada kabel, maka duduk rumah la jawabnya..namun, apa yang pasti, selama aku mendapat kerja sebelum ini..aku tidak pernah menggunakan kabel..malahan, aku tiada kabel untuk membantu aku mendapatkan kerja..semuanya atas usaha aku...dan akhirnya menjadi guru dan pembantu penyelidik lah antara kerja yang terbaik aku perolehi...beruntung sungguh mereka yang dilahir kan senang..tidak perlu bersusah payah mencari kerja..ditambah lagi yang lahir dari keluarga berada dan mempunyai bisnes sendiri..kerja dengan keluarga sudah memadai bukan..xpela..semua itu terletak pada rezeki masing2..ape pun, aku bersyukur sangat dengan ape yang aku ada...pada aku, biarlah bersusah payah dahulu...kerana, pasti ada ganjaran dimasa akan datang..Insyaallah..Mudah-mudahan Allah sentiasa bersama aku dikala susah mahupun senang...



Saturday, April 7, 2012

aku sebagai pembantu penyelidik

ah, masih tidak terlambat untuk aku menulis di dalam blog ini..***Apabila aku mula bertukar kerjaya dari seorang guru menjadi pembantu penyelidik...semestinya memerlukan masa untuk memahami tugas ini...ye, bukan mudah menjalankan tugas sebagai pembantu penyelidik..apatah lagi aku harus berkerja dengan mereka yang tinggal di kampung..hidup dengan berkebun..dan menjadikan ia sebagai sumber utama pendapatan mereka..

aku mula sedar.. bahawa tanah dan mukabumi ini Allah telah ciptakan dengan sebaiknya...tidak pernah aku mendengar keluh kesah daripada mereka (pekebun) menyatakan bahawa tanah ini tidak subur..campak sahaja benih apa pun..pasti akan ada yang tumbuh..jelas kan, bahawa rezeki itu sentiasa ada untuk mereka yang sentiasa berbakti kepada tanah...

siapa bilang kerjaya sebagai penoreh getah hanya kais pagi makan pagi? setelah aku menjadi pembanci..aku mula tahu, bahawa pekebun lah yang mempunyai pendapatan yang tinggi berbanding dengan pegawai2 yang ada..kerjaya mereka sangat profesional, apabila aku mula menghitung waktu pekerjaan mereka yang hanya setengah hari...nah, buktinya..jumlah pendapatan mereka mencecah sehingga rm3-4ribu ...ko mampu?? semestinya xmampu kan..

namun itu bukan tujuan utama penulisan aku..kali ini, aku ingin fokus kepada nilai persahabatan sepanjang berkerja di LGM..alhamdulillah, aku sentiasa dikelilingi oleh rakan2 dan sahabat yang baik..nescaya jika kita berniat untuk menjadi lebih baik, maka Allah akan hantar sahabat dan rakan yang baik kepada kita..betul kan? sepanjang aku berkhidmat di sini, rakan2 lah yang banyak membantu dan membuatkan aku gembira..apatah lagi dengan telatah, gurauan dan coretan mereka yang kaya pelbagai emosi..serius..aku gembira teramat sangat dengan kehadiran mereka antaranya azrul, linda, iran, pian, dalila, eika, bad, pana dan yang paling special SYAFIQ...hari2 aku penuh dengan gelak tawa apabila sentiasa disajikan dengan gurauan tahap melampau daripada dia..ahaks!

mana mungkin aku dapat kawan sebaik ini ditempat lain...mereka sangat memahami antara satu sama lain..dan yang paling penting sifat saling menghormati sentiasa ada dalam diri kami...inilah dinamakan nilai dalam berkawan..mane nak cari mereka semua nie andai aku tidak bekerja di LGM..faktor ini la penyebabnya aku menjadi seorang yang sangat menghargai masa2 yang ada ketika bersama dengan mereka...sesungguhnya, kerjaya ini telah banyak memberi pengalaman dan pengetahuan kepada aku tentang nilai dan liku-liku kehidupan ini..wahai kawan2 LGM, semoga ada jodoh pertemuan antara kita lagi...

Sunday, March 11, 2012

saya lupa lagi....

laa...baru teringat yang saya ada blogs...penyakit lama datang menyerang..hehe..
maka, selepas ini bermula lah episod baru ..untuk saya menulis dan mengasah bakat yang ada..."dunia baru"

Monday, August 30, 2010

Terkini..

Sudah lama aku tidak menulis di dalam blog nie..bukan apa,
kerjaya sebagai pendidik menyebabkan aku kengkangan masa
dan sentiasa sibuk..apatah lagi dengan kuliah aku hampir setiap minggu..

Hampir 9 bulan aku bergelar cikgu di Sek.Men.Keb.Rantau..kehidupan aku
lebih banyak bersama anak murid..telatah dan gurau senda mereka sering kali membuatkan aku tersenyum...ternyata tugas dan tanggungjawab seorang guru ini sangat memerlukan kesabaran yang tinggi...moga aku mampu menjalankan amanah yang diberi demi mendidik mereka kearah kebaikan...