Saturday, May 11, 2013

Memori Sewaktu Alam Persekolahan


Alam persekolahan adalah tempoh yang paling lama bersama teman-teman. Ianya memberi pelbagai kenangan manis, pahit ,suka dan duka. Kehadiran rakan-rakan sekolah yang kaya dengan pelbagai sikap lucu, nakal, pemurah, sensitif telah memyumbang banyak memori sepanjang sesi persekolahan saya ketika dahulu.

            Masih saya ingat lagi kenangan sewaktu di sekolah rendah dahulu, ketika itu saya masih darjah satu. Sewaktu awal persekolahan, saya sering datang lambat ke sekolah. Bukan disebabkan saya lewat bangun tidur, tetapi disebabkan kelewatan abangku yang menghantar saya ke sekolah. Seingat saya, ketika itu, saya sampai di pintu utama sekolah kira-kira jam 7.45 pagi dan tidak dibenarkan masuk oleh pengawas sekolah yang bertugas. Lalu saya merayu untuk dilepaskan daripada hukuman namun nama saya tetap ditulis dalam buku catatan miliknya. Sejurus itu, saya terus menuju masuk kedalam kelas, kehadiran saya ketika itu disambut dengan ejekan dan ketawa dari rakan-rakan sekelas. Pada masa itu juga saya terus menangis dan menyalahkan abang kerana disebabkan kelewatan dia, saya terpaksa berdepan dengan ejekan dan hukuman. Peristiwa ini telah menjadi pengajaran buat diri saya dan juga abang.

            Sudah menjadi lumrah hidup di kampung, saya dilahirkan dikalangan keluarga yang agak susah. Kami lima adik-beradik dibesarkan dengan pendapatan ayah yang hanya Rm500 sahaja. Ini kerana abah saya hanya bekerja sebagai pemandu lori sahaja manakala emak pula tidak bekerja. Perbelanjaan saya ke sekolah pada masa itu hanya 50sen sehari. Masih segar dalam ingatan saya lagi, ketika saya di darjah tiga, saya menolong emak dengan menjual bungkusan kerepek pedas yang berharga lingkungan 30sen sebungkus. Pada mulanya, saya hanya menjual kepada kawan yang duduk bersebelahan dengan saya. Ini kerana saya berasa malu dengan kawan-kawan yang lain. Walaubagaimanapun, hari demi hari saya membiasakan diri sehingga kerepek yang dibawa telah habis dijual. Pulang dari sekolah dengan wajah kegembiraan, saya menyatakan kepada emak bahawa hari itu, kerepek telah habis dijual dan menyerahkan duit yang diperolehi kepadanya. Namun, emak tidak mengambil duit tersebut sebaliknya memberikan kepada saya. Katanya, ia sebagai upah saya menjual kerepek. Saat dan ketika itu, perasaan hiba dan sayu mula menyelubungi diri saya, ia membuatkan saya lari ke bilik dan menangis keseorangan. Sehingga hari ini, ia sangat terkesan dalam diri saya.

            Minat dan bakat yang mendalam dalam bidang mewarna dan melukis ketika alam persekolahan telah memberi peluang kepada saya untuk memenangi pertandingan mewarna diperingat sekolah rendah. Ketika itu saya masih belajar dalam darjah tiga. Tidak disangka-sangka, sewaktu perhimpunan pagi apabila mendengar nama saya diumum sebagai pemenang pertandingan itu. Saya terus menuju ke pentas dan mengambil hadiah. Itulah pertama kalinya saya menjejak kaki di pentas perhimpunan pagi. Justeru itu, balik dari sekolah saya terus mendapatkan emak untuk memberitahu bahawa saya memenangi pertandingan mewarna itu, pujian dan ucapan tahniah daripada emak membuatkan saya tidak membuka hadiah yang diperolehi selama beberapa hari. Peristiwa ini telah memberi semangat kepada saya untuk memasuki pertandingan mewarna lagi. Lucukan.

            Pelbagai peristiwa yang banyak mencuit hati telah berlaku. Ia bukan sahaja sebagai tanda kenangan tetapi sebagai pengajaran dan hikmah buat diri saya agar lebih matang dan bersedia dalam menempuh hari-hari yang mendatang. Kenangan dan memori yang terpahat diingatan ini akan saya sematkan dalam hati kerana ia sangat berharga dan sekaligus menjadi kayu pengukur kepada sikap dan personaliti saya sewaktu alam persekolahan.

Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 2.0)


Peningkatan kos sara hidup yang tinggi sejak akhir-akhir ini menyukarkan  urusan perbelanjaan seharian. Pelbagai pemberian dan insentif diberikan kerajaan untuk semua golongan bagi menunjukkan kerajaan komited untuk mengurangkan beban perbelanjaan rakyat, terutamanya golongan berpendapatan rendah dan sederhana.  Oleh itu, kerajaan telah mengambil langkah untuk membantu rakyat dengan memberikan beberapa bantuan kewangan kepada rakyat yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.. Antaranya ialah bantuan sebanyak RM500 kepada setiap keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah bagi meringankan kos sara hidup rakyat negara ini. Penyerahan bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) ini telah bermula pada tahun lepas. Selain itu, golongan bujang juga diberi perhatian dimana mereka yang berpendapatan rendah berumur 21 tahun ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 ke bawah layak menerima BR1M itu yang berjumlah RM250. Peruntukkan kerajaan telah memanfaatkan 2.7 juta individu bujang dan 4 juta isi rumah untuk menerima bantuan ini. Jelaslah bahawa bantuan ini amat diperlukan oleh sekalian rakyat.

            Ekoran daripada peruntukkan yang diberi kerajaan ini, saya berpandangan bahawa bantuan seperti ini wajar diberi kepada rakyat agar dapat membantu rakyat mengatasi masalah kewangan. Berdasarkan keprihatinan kerajaan, saya memuji keprihatinan Datuk Seri Najib mengenai masalah rakyat. Hal ini kerana bantuan sebanyak  RM500 itu mampu menjadi penyelamat ketika menghadapi kesempitan kewangan tanpa mengira perbezaan kaum. Maka, saya melihat bantuan yang diberi adalah tanda keprihatinan kerajaan dalam usaha untuk membantu rakyat.

            Melalui pelbagai pandangan ramai orang, mereka mengharapkan kerajaan dapat meneruskan BR1M itu kerana mampu membantu golongan miskin untuk mengatasi masalah kewangan. biarpun sesetengah orang menilaikan jumlah itu tidak seberapa, namun bagi golongan berpendapatan rendah  bantuan ini disifatkan  sebagai sesuatu yang sangat bermakna. BR1M untuk golongan bujang wajar diteruskan untuk meringankan beban golongan itu yang berpendapatan rendah bagi memenuhi keperluan harian termasuk menyara ibu bapa dan sebagainya.

            Menangani kos sara hidup rakyat berpendapatan rendah terus dijadikan keutamaan bagi pihak kerajaan apabila pada pembentangan manifesto atau 'Aku Janji' Barisan Nasional (BN), pemberian BR1M akan ditambah secara berperingkat sehingga RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk golongan bujang dengan bantuan secara tahunan dikekalkan. Keadaan ini pastinya memberi satu harapan kepada rakyat agar bantuan kerajan dapat meringankan segala masalah yang berkaitan dengan kewangan yang sering dialami oleh semua lapisan masyarakat.

            Dalam pada itu, lebih 5.3 juta murid sekolah dari tahun satu hingga tingkatan lima juga menerima bantuan kewangan sebanyak RM100 bagi tujuan perbelanjaan persekolahan dan sebagainya. Seramai 1.3 juta penuntut institusi pengajian tinggi, tingkatan enam dan matrikulasi turut memperolehi bantuan menerusi baucer buku bernilai RM250. Bantuan ini jelas memberi pelbagai manfaat dan faedah kepada para pelajar untuk menggunakan bantuan kewangan ini kearah kebaikan. Saya melihat pemberian BR1M ini adalah lebih menyeluruh dan ia sampai kepada rakyat yang benar-benar memerlukan seperti golongan pelajar dan yang telah berkeluarga. Disamping itu, bantuan ini merupakan satu perancangan yang rapi dan pelaksanaan yang berkesan dalam usaha kerajaan untuk membela rakyat dan membangunkan negara.

            Justeru itu, saya melihat bantuan yang dihulurkan oleh pihak kerajaan kepada rakyat telah memberi banyak manfaat kepada pembangunan sosial. Saya berharap bantuan ini dapat diteruskan pada setiap tahun dan kerajaan akan terus melakukan yang terbaik supaya rakyat mendapat kesejahteraan dan negara terjamin dan makmur.

Petua Hindari Perut Buncit



Sebahagian besar masalah perut buncit atau menggelembung disebabkan oleh faktor diet dan gaya hidup seseorang. Berikut terdapat beberapa cara untuk mengatasinya. Antara punca utama yang menyebabkan masalah perut buncit adalah disebabkan sistem penghadaman yang tidak lancar. Berikut adalah petua yang dapat membantu melancarkan lagi sistem penghadaman anda dan secara tidak langsung dapat membantu untuk mengatasi masalah perut buncit yang anda hadapi.

1.    Elakkan minuman sejuk ketika makan

Makanan akan lebih cekap dicernakan sekitar suhu badan. Minuman sejuk akan merendahkan lagi suhu badan dan akan melambatkan proses pencernaan makanan. Ini secara tidak langsung akan memberi masalah perut buncit kepada anda. Sekiranya anda seorang yang perlu minum ketika makan, ambil minuman yang panas atau suam. Jika anda mampu bertahan untuk minum setengah jam selepas anda makan adalah lebih baik. 

2.    Makan perlahan-lahan

Elakkan makan dengan cepat kerana ketika akan tertelan udara. Ia akan membentuk gas yang menjadi faktor kepada bergelembungnya perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Amalan mengunyah makanan sehingga hancur perlu dipraktikkan kerana ia memudahkan pencernaan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil sukar dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan perut kembung.
 
3.    Amalkan minum jus limau

Pastikan setiap pagi sebelum anda bersarapan, anda perlu meminum segelas jus limau suam. Ini kerana ia dapat membantu membersihkan sisa-sisa makanan dan juga asid yang tertinggal didalam perut anda. Antara minuman lain yang boleh anda gunakan adalah seperti lemon dan epal hijau.  

4.    Bersenam

Lakukan senaman latih tubi atau ‘sit up’ di rumah ketika mempunyai waktu terluang. Cara ini dapat membantu untuk mengatasi masalah perut buncit. Selain itu, ia sangat mudah sama ada ketika bangun pagi atau sebelum tidur. Cukup sekadar 10 hingga 15 kiraan setiap hari. Aktiviti bersenam akan membantu menggerakkan cairan dalam perut yang dikeluarkan menjadi peluh.  Aktiviti yang disarankan seperti berjongging dan berjalan kaki.

Tuesday, April 30, 2013

semester akhir....



Assalamualaikum....

memang tidak disangka-sangka...sudah pun semester akhir kali ini...ketika ini dan saat ini saya dan rakan -rakan yang lain dah mula rasa sedih..yela kan. 4 tahun masa berlalu...banyak cabaran dan rintangan as a student...susah dan senang bersama, pergi kelas pun sama2...ketawa, shopping, makan pun sama2..tapi apakan daya, detik2 perpisahan semakin menghampiri....cepatnya masa berlalu...

dulu memang tak terlintas nak sambung belajar secara PJJ nie..tapi akhirnya ada juga rezeki sambung belajar...so sekarang nie lah masa untuk berhempas pulas untuk menghabiskan belajar.....

perjumpaan F2F di UPM untuk semester kali nie dah abis pun...tinggal saki baki kelas di seremban je....lepas 3 minggu lagi kelas pun berakhir...dengan kawan yang berlainan coz kat kolej mara xada la feeling sangat...yela masa banyak habis dengan kawan yang sama coz kan...so feeling nya jadi berbeza sedikit...hehe..boleh plak mcm tu...

masa kat UPM hari tu saya , diana dan izudin...dah mula rasa sebak...yela perjumpaan yang terakhir sebelum final exam...mase tu kan, masing2 berubah air muka bila kelas habis...yang saya..apa lagi..mata nie dah berlinang dah...sangat tersentuh hati bila izudin lari sebab xnak ambil gambar dengan lecture...masa tu memang boleh gelak2 lagi...tapi bila dah balik umah...air mata nie xhenti2 menangis...asyik fikir ada lagi tak pertemuan antara kami bertiga nanti...sebabnya masing2 jauh, nanti lepas nie semua dah sibuk dengan kerjaya dan keluarga kan...

tapi yang penting..kita jangan lupa persahabatan kita dan  saling mengingati antara satu sama lain...harap2 lepas nie keep in touch...sentiasa update dan berhubung selalu...

Diana, izudin...saya nak ucap terima kasih banyak2...kamu banyak membantu saya semenjak semester 1 lagi..dari tak tahu tentang komputer hingga la sekarang dah mahir...tanpa tunjuk ajar dan kesabaran mereka ini..saya xmungkin ke tahap ini (sem akhir)...mungkin separuh jalan je...yela xda sape yang bantu dan tolong saya selain daripada awak berdua..

walaubagaimanapun...saya sentiasa mendoakan kalian berdua agar berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi...moga satu hari nanti kita akan berjumpa dan berkumpul dengan family kita semua okey...see u berdua masa konvo nanti k...

 
 
semasa kelas penyuntingan & penerbitan berita....


Friday, February 1, 2013

kerja sambilan


genap seminggu aku kerja sambilan kat kedai perabot centre point seremban....kedai nie kat tingkat 3...hari pertama keje dah buat kaki aku krem...yela dah lama duk umah...bila keje, semua sakit datang...penatnya bukan main lagi...mana taknya duk berdiri je....tapi nak buat mcm mana kan..cari rezeki...kene la tahan...

nak citer..keje xda la susah sangat...layan customer yang datang...*ada yang just tengok2 je...pastu lap2 yang mana habuk...bila xda customer tu bosan la plak...maka duk merayau laa g pasaraya kat bawah tu...

ermmm... di pendekkan citer, macam gini la caranya jadi sales...keje begantung pada komisyen...kalo customer beli ..baru la ada komisennya...kalo x...makan gaji basic jela...apa2 pun...keje mesti ikhlas kan...tangah berusaha untuk mencari duit nie...sales pun sales la...janji x menyusahkan orang kan....hari-hari aku doa agar Allah murah kan rezeki dan dapat keje yang lebih baik....harap2 doa hamba-Mu ini dimakbulkan...amin.....

Tuesday, January 8, 2013

Happy New Year....



masih tak terlambat lagi nak wish untuk diri sendiri...happy new year hamidah....hehe...walaupun dah hari yang ke-8 tahun baru nie..still nak tulis dalam blog nie.

harapan tahun baru nie...semuanya baik2 belaka...mak bah sihat, sentiasa berfikiran positif, murah rezeki, sihat selalu dan yang paling penting nak kawin....harap2 termakbul la niat tu...hehe.

By the way...hari nie bezday si dia...happy bezday sayang....semoga panjang umur, murah rezeki....luv u baby!



Monday, December 24, 2012

surprise.....


Assalamualaikum.....

surprise......ok, rasanya semalam bukan bezday saya, bukan anniversary...

dan kali nie memang tak diduga....oh my god..

"Saya dapat jambangan BUNGA....."

tak sangka...cinta hati ni saya seorang yg sangat romantik....

terima kasih sayang bagi bunga...cantik sangat...

3 kuntum bunga bermaksud...1 love u...so, feeling artis dah ni....rasa mcm fasha sandha plak...hehe

apa2 pun, saya berharap hubungan kita berkekalan....love u so much!