Tuesday, August 28, 2012

Ayam masak gulai lomak cili api....


haa...perasaan x korang sejak akhir2 nie asyik update menu resepi je...bukan apa.. tulis dalam blog nie lebih senang berbanding tulis kat buku ..pastu buku hilang kemana entah...then, bila nak masak, mase tu laa tercari-cari kan...however..share dalam blog lagi mudah dan senangkan...

okey. hari nie nak share resepi peveret si buah hati nie..alaa..sesape yang duk nogori memang suko dengan lauk nie la...apo laie...gulai ayam la...hehe..baru nak belajar katanya...okey, jangan lengahkan maso..jom ninjau ke dapor...( nogori tekau )


Ramuan : (untuk 3org makan)
  • sebelah ayam sahaja yang telah dipotong
  • serai 3 batang (dititik)
  • santan rm3.00 
  • cili api dan kunyit yg telah dikisar
  • kentang yang telah dipotong
  • 2 keping asam keping

Cara memasaknya:
  1. masukkan ayam yg dipotong tadi kedalam periuk,
  2. letakkan serai yg telah dititik...
  3. masukkan 1 setengah sudu cili api & kunyit yg telah dikisar, baru hidupkan api gas!
  4. masukkan santan dan sedikit air
  5. letakkan garam besar secukup rasa dan asam keping
  6. kemudian masukkan kentang
  7. kacau gulai sehingga masak dan kentang benar2 empuk...
p/s : gulai tidak boleh ditinggalkan sebab ia perlu sentiasa dikacau...kalo x santan akan melimpah keluar...selamat mencuba

Friday, August 24, 2012

Karipap Cinta

okey...hari nie nak kongsi resepi karipap cinta...amboi, nama bukan main lagi...
karipap kentang laa...sardin pun boleh! bila dah siap, saya bagi jiran2 duk rasa...apakata mereka terbaik la! hehe...xlupe juga saya sempat beri pada keluarga bakal suami...cececeh..*kenyit mata ckit...

Bahan :
  • 4 biji kentang yang telah dipotong dadu
  • 2 sudu serbuk kari
  • tepung gandum
  • 3 biji bawang merah & putih (dihiris)
  • minyak masak
  • 1 cawan air suam berisi garam

Cara membuatnya inti kentang:
  1. panaskan kuali bersama air rebusan
  2. masukkan hirisan bawang, kentang dengan serbuk kari dan sedikit garam
  3. rebus kentang didalam kuali sehingga empuk
  4. angkat dan letakkan kedalam bekas.

Cara membuat kulit karipap :

  1. ambil 3 senduk tepung gandum
  2. panaskan setengah cawan minyak masak dalam periuk, kemudian tuangkan pada acuan tepung gandum tadi.
  3. gaul tepung sehingga sebati bersama dengan air yang direndam dengan garam tadi (tgk bahan diatas)
  4. setelah tepung di uli..bahagikan tepung besar2 penumbuk untuk di lenyek dengan papan uli
  5. siap untuk di tekap dengan acuan karipap dan dimasukkan inti kentang tadi...
  6. sedia untuk digoreng.
p/s: karipap segera yang telah siap eloklah disimpan dalam peti ais. ~

kalo nak buat karipap sardin, buat sambal sardin kemudian campurkan dengan inti kentang tadi...memang sedap.

*saya lebih suka karipap sardin....anda? hehe



Monday, August 20, 2012

Raya Aidilfitri....

Assalamualaikum ....

Selamat hari raya semua....syukur alhamdulillah kali nie dapat beraya dengan mak dan abah...raya tahun nie meriah sangat dengan kehadiran anak buah yang semakin bertambah nie...okey, bila sebut pasal raya nie...xlengkap la kalo takda rendang daging kan...jadi saya nak kongsi resepi rendang daging mak...memang terbaik..

Bahan2 :
  • daging 2kg termasuk limpa dan ragbu
  • santan 2 setengah kilo
  • lada api dan kunyit yg telah dikisar
  • bawang merah, bawang putih, halia,  yang telah dihiris
  • 5 batang serai
  • sebiji lengkuas dan serai yang telah dikisar
  • kerisik kelapa yg telah ditumbuk
Cara membuatnya :

  1. masukkan daging ke dalam kuali dan rebus sehingga daging menjadi empuk. ( *petua masukkan sudu untuk cepat empuk)
  2. masukkan 3 setengah sudu besar lada api yang telah dikisar.
  3. masukkan santan dan garam secukup rasa..kemudian kacau.
  4. letak 5 batang serai yg telah diketuk bersama bawang dan halia.
  5. masukkan 2 sudu besar kerisik kelapa yang telah ditumbuk
  6. kacau daging sehingga kering..
selamat mencuba...

Thursday, August 9, 2012

Resepi turun temurun..."Maruku raya".

erm...cepatnya hari berlalu...pejam celik, dah masuk puasa yang ke-20...apa lagi, masa untuk buat kuih raya la...

so, hari nie saya sempat belajar dengan mak cara-cara buat maruku raya...kalo nak tau, maruku mak nie mmg sedap...setiap kali hari raya mmg xmiss la buat maruku nie...dah tu permintaan ramai.. yang suka xboleh nak kira la...siap nak tempah lagi..ada yang cakap kalo buat meniaga mmg laku....tapi mak sekadar buat kuih raya...blm terbuka nak buat niaga,,,eceh2..hehe...

okey..jom belajar mcm mane nak buatnya...

Bahan-bahannya...
  • sebiji kelapa, perah santannya & campur sedikit garam
  • 3 paket tepung maruku oma podi Baba's (tepung maruku lain pun blh, janji ada gmbar maruku)
  • setengah paket tepung pulut
  • 2 senduk tepung ubi
  • 1 senduk biji bijan
  • 1 sudu besar jintan  hitam
  • 1 sudu besar jemuju  (rempah kurma)
  • 1 sudu kecil jintan putih (ditumbuk)
  • 2 sudu marjerin
  • 3 biji telur (dikacau terlebih dahulu)
  • 1 sudu cili kering
  • daun kari untuk digoreng
cara membuatnya:
  1. masukkan kesemua bahan tepung ke dalam 1 bekas. gaul rata.
  2. masukkan bahan rempah seperti bijan, jintan, jemuju dan marjerin.
  3. tuangkan santan sedikit demi sedikit kedalam acuan...gaul sehingga rata.
  4. masukkan 3 biji telur yang telah di kacau bersama dengan 1 sudu cili kering.
  5. gaul tepung sehingga sebati dan lembut.
  6. kemudian, panaskan minyak dan masukkan pada acuan maruku.
  7. siap untuk digoreng bersama dengan daun kari...

p/s = dengan bahan diatas nie, hasilnya anda akan dapat 1 bekas besar berisi maruku...kalau nak buat sikit aje, pastikan hanya sepaket tepung maruku babas dan sebelah kelapa sahaja untuk santannya...bahan yang lain seperti rempah perlu dikurangkan laa...bergantung pada citarasa anda...

apa yang penting.. diharapkan menjadi la maruku anda dengan resipi dari mak saya nie...turun temurun tau...~sayang mak! hehe

*lupe nak ambil gambar, tapi percayalah gerenti sedapppp....

Thursday, August 2, 2012

Hotel sutera....

Hai.....baru2 nie saya dan kawan-kawan di LGM buat majlis berbuka puasa di Hotel Sutera Seremban 2...lokasi hotel nie berdekatan dengan jusco...senang je nak cari...berhampiran dengan bangunan sains.

bila dah lame tak jumpa kawan2 nie...banyak la cerita yang dibualkan...apatah lagi dengan adanya shafik...gosip memanjang aje...gelak sakan dibuatnya...memang seronok bila ramai yang hadir...

makanan kat sini boleh tahan la...xsama dengan Allson Klana..yela, harga pun lain kan...rm32 seorang..yang penting suasana tu....erm, saya hanya jamu kuih-muih je...leka duk berborak sampai makan pun xlalu...yang tak bestnya, tak dapat makan kari kambing...habis plak...

selesai je makan...ape lagi sesi bergambar la...nahhh,  saksikan...


*bertimbun pinggan atas meja....huhu


ewah2...hehe