Friday, August 24, 2012

Karipap Cinta

okey...hari nie nak kongsi resepi karipap cinta...amboi, nama bukan main lagi...
karipap kentang laa...sardin pun boleh! bila dah siap, saya bagi jiran2 duk rasa...apakata mereka terbaik la! hehe...xlupe juga saya sempat beri pada keluarga bakal suami...cececeh..*kenyit mata ckit...

Bahan :
  • 4 biji kentang yang telah dipotong dadu
  • 2 sudu serbuk kari
  • tepung gandum
  • 3 biji bawang merah & putih (dihiris)
  • minyak masak
  • 1 cawan air suam berisi garam

Cara membuatnya inti kentang:
  1. panaskan kuali bersama air rebusan
  2. masukkan hirisan bawang, kentang dengan serbuk kari dan sedikit garam
  3. rebus kentang didalam kuali sehingga empuk
  4. angkat dan letakkan kedalam bekas.

Cara membuat kulit karipap :

  1. ambil 3 senduk tepung gandum
  2. panaskan setengah cawan minyak masak dalam periuk, kemudian tuangkan pada acuan tepung gandum tadi.
  3. gaul tepung sehingga sebati bersama dengan air yang direndam dengan garam tadi (tgk bahan diatas)
  4. setelah tepung di uli..bahagikan tepung besar2 penumbuk untuk di lenyek dengan papan uli
  5. siap untuk di tekap dengan acuan karipap dan dimasukkan inti kentang tadi...
  6. sedia untuk digoreng.
p/s: karipap segera yang telah siap eloklah disimpan dalam peti ais. ~

kalo nak buat karipap sardin, buat sambal sardin kemudian campurkan dengan inti kentang tadi...memang sedap.

*saya lebih suka karipap sardin....anda? hehe



No comments:

Post a Comment