Assalamualaikum….
Sudah menjadi kebiasaan pada setiap musim cuti sekolah, saya
dan ahli keluarga mengambil peluang dan masa yang ada ini untuk bercuti
bersama-sama di Pulau Langkawi. Antara sebab tarikan kami untuk bercuti di sana
adalah kerana Pulau Langkawi merupakan negara kepulauan berbaring yang cantik daripada
104 pulau-pulau di sebelah utara pantai barat Semenanjung Malaysia. Selain itu,
semua barangan yang dijual di pulau ini dibebaskan daripada cukai kerajaan. Oleh
itu Pulau ini adalah sebuah tempat syurga bagi pelancong seperti kami yang sukakan
aktiviti membeli-belah.
Perjalanan kami pada hari khamis jam 9.30 pagi, menuju
ke Lapangan Terbang LCCT untuk penerbangan jam 10.45 pagi. Penerbangan
mengambil masa satu jam untuk tiba di Lapangan Terbang Langkawi. Seterusnya, kami menuju ke pekan untuk
menginap di hotel lagenda yang berdekatan dengan pusat membeli belah Haji
Ismail Group. Destinasi kami yang pertama adalah menuju ke Langkawi Cable Car.
Malangnya kami telah dimaklumkan bahawa Cable Car ditutup sementara kerana
keadaan cuaca yang berangin kuat. Dikatakan bahawa bacaan angin di atas adalah
20, sementara kekuatan angin maksima yang dibenarkan untuk cable car beroperasi
adalah 12. Jadi, sementara menunggu dan berharap kekuatan angin akan berubah,
kami menikmati makanan tengahari di salah sebuah restoran yang terdapat di sana.
Selesai sahaja menjamu selera, keadaan angin kembali normal dan kami berjaya
menaiki Cable Car dan sempat bergambar di atas gunung Mat Cincang. Pemandangan
yang cantik dan tiupan angin membuatkan kami lama berada di atas.
Walaubagaimanapun, kami sangat teruja dan terkesan dengan keindahan pulau yang
terdapat di langkawi.
Destinasi seterusnya, kami berkunjung ke “Buffalo Farm” atau lading kerbau. Menariknya
di sini, kami boleh melihat kerbau secara dekat, mengetahui bagaimana menjaga
kerbau dan sebagainya. Diladang ini juga terdapat cafe yang menjual makanan
berasaskan daging kerbau dan susu kerbau. Antara yang menarik perhatian ialah aiskrim
yang dikatakan diperbuat daripada susu kerbau. Kami menikmatinya dan rasanya
lebih sedap daripada aiskrim biasa kerana ianya sangat lemak manis. Juga boleh
menikmati pelbagai perisa aiskrim antaranya vanilla, strawberi dan coklat.
Tempat ini dibuka seawal 10.00 pagi sehingga 5.00 petang pada setiap hari
kecuali hari jumaat. Selepas itu, kami pulang ke hotel untuk merehatkan badan.
Hari kedua kami bercuti di Pulau Langkawi ini, kami
mulakan dengan berkunjung di Makam Mahsuri. Sudah tentu semua sudah maklum peristiwa
yang dikaitkan dengan Mahsuri ini yang dikatakan dijatuhi hukuman mati kerana
berkelakuan sumbang dengan seorang saudagar. Kisah dongeng ini mendapat
perhatian apabila adanya unsur-unsur mistik dan sumpahan seorang wanita yang
difitnah. Bergitulah cerita yang saya faham ketika melawat makam Mahsuri ini,
ketika berkunjung, di dalam kawasan makam ini terdapat rumah tradisional,
perigi, barangan lama, pameran dan sebagainya. Disekitar luar kawasan makam
pula, terdapat banyak kedai menjual cenderamata, baju dan sebagainya. Kami
sempat membeli ole-ole untuk dijadikan buahtangan buat teman-teman nanti.
Masa bergerak semakin pantas, kami menuju ke pekan Kuah,
untuk membeli-belah. Pelbagai aneka jenis kedai terdapat di pekan Kuah ini dan
sudah menjadi kebiasaan kami ke premis Haji Ismail Group untuk membeli coklat
kerana harga disini lebih murah daripada tempat lain kerana pulau ini bebas
cukai. Manakala ahli keluarga yang lain pula membeli kain batik, pinggan
mangkuk dan lain-lain. Jam di tangan sudah pun menunjukkan jam 6.30 petang,
kami beransur pulang ke penginapan masing-masing, namun sebelum itu kami
berhenti makan di restoran berdekatan untuk menjamu selera.
Hari ketiga kami di pulau ini merupakan hari terakhir
sebelum menuju ke Lapangan Terbang Langkawi. Justeru itu. kami cuba
menghabiskan masa yang ada di pulai ini sebaik mungkin. Seawal jam 8.00 pagi,
kami keluar sarapan di sekitar pekan Kuah. Seterusnya kami menuju ke Pantai
Chenang untuk bermandi-manda sambil melihat keindahan pantai. Benar kata orang,
air laut pantai Chenang kebiru-biruan. Sesudah itu, kami berjalan di sekitar
deretan kedai di kawasan pantai ini, ternyata banyak kedai menjual pelbagai
barangan dan Spa urutan kaki menjadi pilihan saya untuk menghilangkan
lenguh-lenguh kaki. Bayaran yang dikenakan juga sangat berbaloi.
Sudah sampai masanya untuk kami meninggalkan pulai
terindah ini. Selesai sudah membeli-belah, kami ke kedai makan untuk makan
tengahari. Akhirnya, kami menuju ke Lapangan Terbang Langkawi untuk penerbangan
pulang pada petang itu. Percutian ini memberi satu semangat baru buat kami
kerana dapat menerokai keunikan sebuah pulau dan melihat keindahan alam yang
mendamaikan sekaligus memberi ketenangan kepada kami sekeluarga.
Assalamualaikum Tuan/Puan.
ReplyDeleteSaya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.
Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.